Thursday, November 24, 2011

Setiap kata-kata yang keluar dari mulut itu adalah doa’, harap maklum.

Janganlah kita menjadi seorang yang sangat negatif.

Jangalah kita cepat berputus asa dengan diri atau jodoh.

Jika ditimpa musibah, janganlah keluar dari mulut kamu…

“Aku lemah. Aku bodoh. Aku tak pandai. Kita tidak sesuai bersama.”

Kerana setiap perkataan yang diucap merupakan doa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Kullu kalam addu’a

Maknanya, setiap perkataan itu adalah doa’.

Ada kajian menguji akan kesan kata-kata yang kesat/manis terhadap proses pertumbuhan tumbuhan.

Hasilnya, tumbuhan yang diberi kata-kata yang kesat cepat mati. [sumber]

Oleh itu, jika selalu sangat kalah dengan emosi, banyakkan istighfar dan selawat serta zikir mengingati Allah. Takpun, baca la al-Quran atau pergi ambil wudu’.
(buat la mana yang rasa mudah dan berkesan dadulu)

Jangan pula bila tak tahan sangat dengan emosi, disembur pula kata-kata yang negatif terhadap diri sendiri atau orang yang berada disekeliling kamu.

Jika sentiasa diucapkan “aku bodoh” atau “kita tidak serasi bersama”… Doa kamu (kata-kata kesat/kasar tadi) mungkin di-amin-kan oleh malaikat dan dimakbulkan oleh Allah.

Oleh yang demikian, saya menyeru kalian semua untuk bersikap sabar dan sentiasa berfikiran positif dan banyakkan amal soleh.

DSC02689

Segala yang baik itu dari Allah, yang buruk itu kelemahan diri aku sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails