Aku menanyakan kepada trainee lecturer kami (Dr. Faizah) berkaitan apa yang ditulis oleh Dr. Mohamad di sini setelah junior aku menanyakan berkaitan apa yang dialami oleh doktor tersebut di dalam yahoo group samada dentist juga mengalami perkara yang sama atau tidak.
Ayah aku juga ada memberi komennya di sini pula (versi medic).
Berikut adalah apa yang Dr. Faizah tulis….
------------------------------------------------------------------------------------------------
salam untuk awak juga....
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana awak semua berjaya dlm peperiksaan yg lepas, lepas ni giliran sy pula exam hujng bulan 6 ini.... sekarang ni mmg tgh sibuk dgn mcm2 perkara, siapkan writing for my literature review, sibuk ngan klinik, study lagi.... sigh.... agak x terurus la.... kesian kt family sy... xpela, kena la korban skit... bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian....
pendapat saya mudah sahaja... tepuk dada tanya selera.... x dinafikan apa yg berlaku itu adalah benar.... tp bukan semua org begitu tp kebanyakan nya mcm tu la.... saya pun lari bertukar arah dari kkm ke universiti atas sebab2 ini jugala... antaranyalah.... apa2 perkara atau permasalahan dalam dunia ini pasti ada baik dan buruknya.... akal yg diberi oleh Allah itu perlulah kita guna pakai untuk memahami apa yg tersurat dan tersirat serta hikmah disebaliknya.... untuk memberikan awak sedikit penjelasan dan pemahaman disini sy berikan sedikit panduan....
tajuk kita : golongan profesional iaitu doktor dianaktirikan dan ditindas oleh pihak pengurusan dan kakitangan bawahan di sektor awam.
(at Klinik Pergigian Jalan Mahmood, Kota Bharu.)
disini biar saya perjelaskan dalam konteks bidang pergigian....
doktor gigi yang baru bekerja gred jawatan u41....
pegawai atasan: Pengarah Pergigian, Timbalan Pengarah Pergigian Negeri, Pegawai pergigian daerah, pakar pergigian dan pegawai pergigian dr gred jusa hingga u44
pegawai bawahan :
a) kumpulan sokongan 1: ketua jururawat pergigian, ketua kerani, kerani, jururawat, juruteknologi pergigian
b) kumpulan sokongan 2: pembantu pembedahan pergigian(PPP), pembantu perawat kesihatan(PPK), pemandu
secara amnya, malaysia mempunyai banyak klinik kesihatan. setiap klinik kesihatan akan ada pegawai yg menjaga YM(doktor), pegawai pergigian, jururawat, juruteknik, PPP,PPK dan driver. bilangan kakitangan yg perlu diselia bergantung kepada besarnya klinik itu. namun biasanya bebanan pegawai pergigian YM ni lebih berbanding pegawai pergigian biasa. perlu urus klinik, perlu selia staff, perlu melaksanakan arahan pegawai, perlu pergi mesyuarat dan bla..bla...bla... namun gaji tetap sama cuma bergantung kpd gred.... tp sekarang ni sy rasa pegawai gred u41 xkan berpeluang jd YM sbb dr gigi dh ramai, x mcm zaman sy dulu.... kurang, kini junior saya pun dh ramai naik U44, jd nnt bila awak bekerja sempat la belajar, x la terkejut terus kena jd bos cam saya dulu....
kebaikan bekerja di sektor awam :
1) pekerjaan terjamin
2) dpt menimba pengalaman
Ini adalah dua perkara yg sangat berharga bg saya apbl bekerja di KKM dulu.... pengalaman bekerja dan manage pesakit xkan awak dpt kalau dibandingkan bekerja di swasta atau universiti.... di klinik kerajaan mcm2 jenis penyakit dan pesakit yg awak akan jumpa... disini jugalah awak dpt mengasah skil mencabut gigi, menampal gigi dalam kdr 10 minit setiap pesakit, cabut wisdom tooth dan mcm2 lagilah.... rata2 pesakit kt malaysia ni bagus dan menghormati doktor terutama di kawasan pedalaman, tetapi jika dibandar tu agak susah sikit la.... pesakit lebih cenderung untuk membuat aduan drpd memberi penghargaan... itulah dia namanya org yg educated atau berlagak mcm educated.... bg saya ini adalah asam garam hidup yg pasti akan ditempuhi x kira dimana awak bekerja dan apa jua bidang kerja yg awak buat....
disadvantage working in government sector....
1) high workload
2) managing staff
3) managing boss/superior people
4) ISO - involving extra work in terms of paperwork and auditing
5) managing staff
6) managing other deparment in the same clinic likes medical dept, pharmacist and so forth
7) medical staff always looks down on dental staff - xde kelas org gigi nih...
As u can see, i have a long list... why let me explain to u one by one...
bebanan kerja di sektor awam ni mmg tinggi.... kadang2 x terkejar rasanya.... sebagai doktor gigi, kita x la merawat pesakit sehingga beratus org sehari.... tetapi sbg doktor gigi jika awak merawat 30 org pesakit pun dh kira banyak, mungkin senior officer akan kata, ala, 30 sikit aje tu, zaman sy dulu beratus org sehari.... persoalan saya, adakah zaman dahulu sama mcm zaman sekarang? jawapannya tidak, kini cara merawat pesakit pun perlukan kemahiran dan tidak staright forward mcm dulu, cabut gigi aje yg kebanyakannya pun hanyalah cabutan gigi mobile.... kadang2 saya berbulu gak bila senior officer suka memperlekehkan junior officer.... entahla... masa saya kerja dulu ada jurang umur yg besar juga la, kebanyakan bos2 adalah senior officer yg dh lama berkhidmat, tp sekarang x juga semenjak dh ada compulsory service ni... berbalik kepada persoalan asal, bebanan kerja utk 30 org sehari ni mmg meletihkan, apa x nya semuanya mengeluarkan tenaga, cabut gigi, scaling, tampal gigi, itu semuanya masa... org yg bijak pun tahu mengira kalau seorang pesakit awak tampal gigi termasuk consultation 15 minit seorang, berapa ramai pesakit pun yg mampu awak rawat.... 7 jam bekerja bahagi 15 minit.... bukan ke hanya mampu 28 org sahaja? tp selalunya melebihi drpd apa yg sepatutnya.... badan pun x tahan.... kesihatan perlu dijaga...
menyelia kakitangan pun mmg susah dan perlukan kemahiran, perlu ada sifat kepimpinan,tegas,diplomasi,tidak cepat naik darah dan mcm2 lagilah.... kalau x bukan awak yg menyelia staff tp staff yg selia awak.... kadang2 awak buat baik camne pun kalau diorang x suka, x suka jugalah....depan baik, belakang hanya tuhan yg tahu, talam dua muka... mmg bahaya, yg penting kena cekal, lg satu jgn pilih kasih, kalau awak ada favourite staff pun simpan ajelah kalau x susah nnt awak nk selia staff lain sbb awak dh dilabel tak adil... gitulah.... saya pernah lihat bagaimana seorang bos yg bersifat pilih kasih dan ada org kanannya sendiri, lebih percayakan org kanannya iaitu staff bawahan drpd pegawai pergigian sendiri, hancur klinik tu dan porak peranda... hanya Allah yg tahu.... tp saya pernah bekerja di daerah tampin, di Klinik Pergigian Gemas..... mereka adalah kakitangan terbaik yg pernah saya temui, sepakat, bekerjasama, tolong menolong, tiada sifat dengki dan menghormati antara satu sama lain.... bos saya Dr Aisyah pun adalah seorang bos yg paling sy hormati, saya lebih hormat dia dari timbalan pengarah negeri yg bagi saya hanya pandai cakap dan pandai suruh org bekerja aje, tp x nak mendengar pendapat pegawai dibawah seliaan beliau.... wallahualam....
kerja2 tambahan seperti ISO bg saya memang membebankan dan membazir sahaja... saya x paham kenapa di malaysia kerja2 iso ini dibuat melampau sgt hingga mengganggu tugas hakiki seorang pegawai.... bagi sy sgt keterlaluan, ditambah lagi bila awak nk implemen pd staff dan staff susah nk faham dan malas nk buat, penyudahnya awak yg susah....
bekerja dibawah satu bumbung dengan bahagian kesihatan yg selalu menganggap bahagian pergigian ni second class job.... sungguh menyedihkan, tp tengok tempat juga la.... tp pengalaman saya berkerja di bahau sangat seronok sbb kawan2 medical doctor baik dan staff kesihatan juga boleh bertolak ansur dan mudah dibawa berbincang.... cuma kita semua perlu sedar, setiap pekerjaan itu ada peranannya yg tersendiri, tidak perlulah nak memperlekehkan tugas org lain semata2 nak membuktikan tugas kita lebih hebat.... wallahualam....
begitulah sedikit sebanyak yg saya boleh ceritakan.... ini hanyalah 1/10 intipati drpd apa yg berlaku.... panjang la hadi x larat nak tulis.... pesan saya usahlah gusar, cuba dahulu baru tahu.... sekurang2nya bagi saya berkhidmat lah di negara sendiri.... anggaplah kerja kita itu sbg satu ibadah.... di barat pun x kurang juga cuma kakitangan disini sgt menghormati antara satu sama lain.... semua org bersikap profesional, tiada salah menyalahi disini... suasana kerja sgt bagus, cuma nurse kt sini pun ada power, klinik mcm hak diorang, kalau kita kerja on time dia suka la, kalau x dia bising gak, sbb diorang xde elaun lebih masa bekerja.... mana2 sama aje.... jgn risau ok.... sok2 kalau boring bukak klinik sendiri, atau jd share partner saya ke.... apa mcm kita bukak dental hospital baru best cam kat sini yg ada mcm2 specialist dibwh satu bumbung.... orait la kan.... saya kalau dgn batch awak ni saya percaya..... tanam azam ye....
Jaga diri ok... manfaatkan cuti dgn sebaik2nya..... rindu la ngan awak semua.... harap2 ada rezeki jumpa awak..... hanya Allah yang tahu...... Wassalam....
------------------------------------------------------------------------------------------------
itu sahaja dari beliau.. :)
3 comments:
salam, blogwalking.
saya suka entry ni, i always seek to find out blogs about bloggers in medical profession. usually banyak blog tentang student doctors tapi first time baca blog ttg dentistry ni.
thank you very much!
kalu tny kanak2 nk jadi apa besar nti sure ramai yg jawab nk jadi doktor. haha
mungkin dorang xtau akan dentist or sebab kami dentist pon digelar doktor. :)
doktor falsafah pon iye jgk.
oh such a big world we all living in! :)
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment