Apabila dua sahabat berYM…
10 hari yg last ni kte cari malam lailatul qadar nk?
Jom kite qiam kat masjid LCCT ok?
Ha? Malam-malam (malam lailatul) qadar? Setahu aku malam qadar ni 1 malam j dlm 10 mlm yg last tu.
Lailatul ni mksdny malam da. So, cukupla ko sebut malam qadar or lailatul qadar je…
Btw, LCCT ada masjid ke? Ke masjid KLIA?
Eh bukan. Bukan LCCT nor KLIA tpi aku nk sebut KLCC. Dekat-dekat je la sebutan LCCT dgn KLCC. =p
Mantap la arab ko. Mentang-mentang ko ni anak angkat Ust. M kan… Haha.
Mestila. Da ada ilmu kena amalkn. Betul x? Apa gunany ilmu tanpa amal.
10 malam yg last ni merupakan fasa ke-3 dlm bulan Ramadhan ni. Fasa ini seperti yg kite tau, ia merupakan fasa “pembebasan dari api neraka”
Sperti yg diriwayatkan oleh sahabat Salman Al Farisi:
Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Nabi saw. sgt enthusiasm bile da 10 mlm last ni. Dari ummul mukminin, Aisyah ra., m’ceritakn tntang keadaan baginda ketika memasuki 10 hari terakhir Ramadhan:
“Beliau jika memasuki sepuluh hari terkahir Ramadhan, mengencangkan ikat pinggang, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.”
Apa yg bestny psl mlm qadar ni? Well, da tau ni fasa terkahir ada mlm qadar, ia merupakan penutup bulan yg mulia ni sedangkan amal perbuatan itu tergantung pada penutupannnya atau akhirnya. Rasulullah saw. berdo’a:
اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك
Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah pamungkasnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu Kelak.
Nabi saw. jg menggalakkn umatny mencari mlm qadar ni based on sabdany yg bermaksud
Carilah lailatul qadar di sepuluh terakhir Ramadhan.
Banyak pendapat tentang bile jatuhny mlm 1000 malam ni. Just nak share dari yg aku baca kat sini:
-
Malam Lailatul Qadar akan jatuh pada salah satu malam ganjil 10 Ramadan yang terakhir dan ianya tetap pada tiap-tiap tahun pada malam yang sama.
Adapun fahaman yang malam Lailatul Qadar ini melompat-lompat pada malam-malam ganjil 10 ramadan terakhir dari satu tahun ke satu tahun yang lain adalah suatu konsep yang wujud setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana tiada sebarang nas dan bertentangan pula dengan Al-Qur’an dan Hadis.
Malam yang ke 27 bolehlah dianggap sebagai malam yang formal untuk disambut Lailatul Qadar yakni untuk sesebuah tempat atau negeri misalnya yang ingin membuat sambutan (amalan) secara beramai-ramai dimasjid dan sebagainya.
Jika kita tidak mampu dalam beramal maka tumpuan pada malam-malam 25, 27 dan 29 bolehlahdiutamakan untuk ditambahkan amalan kita.
Kesimpulanny… Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Xkirela bile ia jatuh. Yang penting ikhlas n tawadu’ dlm melakukan amal ibadat…
Sma2 kte kjar 10 mlm yg last ni ye!
p/s: hope dat i didn’t miss any nite….
No comments:
Post a Comment