Kami pergi makan buah di rumah Gopu bersempena dengan gugurnya durian-durian yang lazat dan juga kemasakan buah maggis serta buah-buah yang lain. Sungguh enak.
Pada mulanya kami para lelaki menganggarkan dua buah kereta akan dibawa ke sana untuk dimuatkan dengan 10 orang dari kalangan kami. Akhirnya, hanya sebuah sahaja yang ke sana iaitu keretaku.
Walaubagaimanapun, kereta yang sebuah lagi turut ke sana akan tetapi dimuatkan dengan lima orang wanita dan bukannya lelaki, di tambah dengan sebuah Kancil dengan muatan empat orang wanita akibat pelawaan Gopu.
Akhirnya, tiga buah kenderaan akan ke sana…
Sebenarnya, ia adalah pelawaan ibu Gopu dengan harapan dapat meringankan tangannya dengan kerja-kerja di dapur. Malangnya… *keluhan*
Di sana, selain aktiviti makan buah, berlangsungnya juga program anak angkat atau lebih sesuai untuk aku katakan “Program Mencari Menantu”? Haha
Mereka juga akan dikurniakan sijil jika berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan seperti:
- mengopek durian
- memasak
- mengemas
- dan lain-lain
Kesimpulannya, mereka semua gagal kecuali dia. Hehe
Keesokannya, kami bangun “awal” untuk ke kebun. Alhamdulillah, 12 biji durian berjaya kami cari kerana kami bangun “awal”.
Selepas sarapan, kami ke Muzium Adat.
Petang tersebut, kami pulang awal kerana bimbangkan keselamtan mereka para wanita.
Terima kasih ibu dan ayah Gopu di atas layanan baik kalian.
9 comments:
maaf aku xleh g ari tu wahai sahabat skalian, mmg hati ini berbelah-bagi,cukup sedih
aku terhimpit antara kata yg harus d kota dan perasaan yg harus d jaga
istikharah memilih kata jnji, aku cuba mnjadi Al-Amin
maaf atas kelemahan ini
1st - ak bukan calon menantu. ak cma bt demo msakan. utk calon2 belajar. (bole tmbah point)
2nd - ak jdi juri time acara kupas durian. wanzul yg jdi fasi. (tahniah tuan tanah- ko llus)
3rd - YANG NI PNTING. aku x puas hati sbb x xdpt mnum jus durian belanda....! (hampeh)
sape `dia` tu?
bila lagi nak kenalkan kat mlmh?
1st- kitorg sume x masuk pon petndingan tu sbb awl2 lg dh tau confirm2nye KALAH dgn si 'dia'..
2nd- semua acra dikendalikan oleh fasi yg kurg pengalaman..
3rd- mmg ditakdirkan rezeki kami jus durian belanda dan kalian hanya mampu untuk bermuhasabah di bwh pohon dlm gelap gelita. Harus terima itu.
4rd- terima kasih ats kperihatinan dan rsa tanggungjawab kalian untk menjaga keselamatan para wanita. Ke korunk x tau nak jwb ape kat mak bapak kitorg? haha..
Mlmh xphm citer rupeny...
Hehe
Dia tu not mine la. Dia tu yg anak tuan rumah pnyer da... =p
Tansree_min, aku mmg berbakat lau maen2 pisau ni. hoho
Psl jus tu, aku pon xpuas hati.
Da la tgkp gmbr guna kamera aku. Si mucid n geng2 dia nk kena ni. >=(
Mucik!
Kamu n geng2 kamu xbertimbang rasa!
Sanggup ambik gmbr jus yg da hbs dgn kamera aku! Xajak pon yer...
Ktorang mmg bertanggungjawab la.
Lau jadi paper pon da ada jwpn. Haha
hm...
sape si die tu,hihi...
tp,ok je aku mucid,aku kn ustaz abdul ghafur..
ala2,akhil hayy,hehe...
hadi- anda patut berterime kasih pd kitorg sbb tgkp gmbr gelas kosong buat kenangan tuk korunk. haha!
gopu- ustz2 nie sensitif sket. haha! aku nak cri ustz la jd pt aku. hehe =)
Post a Comment