Thursday, June 11, 2009

addition on the accident at Cairo.

Ni sedikit email yg aku terima dari Pijul. Kwn dia yg fowardkn email k dia, n dia pon fowardkn kpd ku…

Assalamualaikum WBT,
Sedikit update ttg berita kemalangan yang melibatkan akh Saif Jamaludin.

Skrg ni jenazah dalam perjalanan dari Hospital AL-'Arabi Suez menuju ke Cairo, Insya Allah solat jenazah akan diadakan pada hari ini, di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas zohor.

Doakan semoga sahabat2 yg masih koma cepat sembuh, mereka skrg dalam perjalanan dari hospital Suez ke Cairo, akan dimasukkan ke Hospital Fransawy di Kasrel 'Aini.

Doakan juga semoga Allah meringankan beban dan tekanan yang ditanggung akhi Saif, selain kehilangan sahabat baiknya Ammar, dan dua lagi koma, Saif sekarang sedang di soal siasat penguatkuasa kerana akhi Saif adalah pemandu kereta yang membawa mereka, dan beliau antara yang cuma menerima kecederaan ringan. Allahu akbar.

Sama2 doakan dan buat solat hajat untuk mangsa dan keluarga mereka.
Khabarnya kereta yang dipandu bermasalah sehingga menyebabkan kemalangan.
Allahu a'lam
--
-salman abdul rahman-


"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."
Dr 'Aidh Abdullah alQarni,
[La Tahdzan], Dar Ibn Hazm, Beirut

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails